Friday 20 March 2015

Teguran

Hari ini aku sempat menambah satu item penting untuk blog aku ini. Ada senarai blog untuk seluruh pelajar kelas ini. Ini untuk memudahkan aku atau sesiapa sahaja untuk melihat, menatap dan membaca nukilan anda semua.
 
Tetapi, ada sedikit nasihat, teguran dan ingatan. Pertama sekali, ada blog yang di"private"kan. Bagaimana blog ini boleh dinilai sekiranya ianya tidak dapat dilihat? Jangan hanya cuba buka blog semasa anda di dalam sesi aktif Blogger. Cuba minta rakan-rakan anda buka juga. Tukar tetapan yang sesuai sekiranya anda tersilap sebelum ini.
 
Ada juga yang cuba menggunakan penambahan ke atas blog masing-masing. Bagus dan tahniah. Tetapi, ada yang meletakkan portal video di muka hadapan. Bagaimana hendak dinilai sekiranya ada yang tidak kelihatan? Cuba sesuaikan penambahan yang dilakukan.
 
Di samping itu, pastikan tarikh entri jelas kelihatan. Jangan lupa tentang label dan senarai entri (Blog Archive). Secara mudah, sila guna gaya yang sama dengan blog yang sedang anda baca ini.
 
Tahniah untuk yang terus-menerus menulis, tepat pada masanya. Teruskan usaha anda.
 
 
a z z w a n

No comments:

Post a Comment