Tuesday 31 March 2015

Tanggungjawab

Buat masa ini, pasukan sukarelawan yang ada sedang mencari sukarelawan yang lain, untuk menjadi pelapis. Kami mencari pelajar tahun 1 FEP. Mungkin ini bukan tanggungjawab hakiki aku di UKM, tetapi aku meletakkan satu tanggapan lain berkenaan tanggungjawab untuk diri aku sendiri.

Memanglah buat masa ini, fokus terletak pada golongan OKU. Tetapi, harapan besar agar ianya akan terfokus kepada kebajikan FEP keseluruhannya. Menjaga kebajikan staf dan pelajar FEP, dalam ertikata sebenar.

Aku tak punya kuasa besar seperti orang lain di UKM ini. Aku tak punya pengaruh besar di UKM ini. Aku cuma ada keinginan. Aku cuma boleh berusaha bersama. Semoga usaha ini berterusan hendaknya.

Mungkin ramai yang tidak mengerti. Mungkin ramai yang merasakan ini bukan perkara penting.

Berusaha untuk orang lain, menggunakan masa dan kudrat yang kita ada, bukankah itu tanggungjawab?

Kalau itu bukan tanggungjawab, apa lagi yang boleh diertikan?


a z z w a n

Wednesday 25 March 2015

Alasan

Bagi aku, alasan hanya menunjukkan kelemahan kita sendiri. Lemah dalam membahagi masa. Lemah dalam menghadapi kepayahan hidup. Lemah dalam berkorban walaupun sedikit kudrat dan masa. Lemah.
 
Aku pun ada alasan untuk segala kekurangan aku. Aku pun boleh bagi sebab musabab untuk apa-apa masalah yang aku pernah timbulkan. Persoalannya, adakah kita terlalu ego untuk mengaku itu salah kita? Itu kelemahan kita?
 
Aku pernah gagal di Matrikulasi UIAM. Mendapat CGPA 0.00 bukan sesuatu untuk dibanggakan. Itu satu hakikat. Aku bukan manusia baik atau geng surau. Itu satu hakikat. Aku bukanlah "the best person" untuk menentukan dosa dan pahala. Itu satu hakikat.
 
Hadapi dengan tabah. Banyak mana tabah yang diperlukan, kau tentukan sendiri. Banyak mana kau nak mengeluh, kau tentukan. Banyak mana kau nak minta maaf, kau tentukan.
 
Kadang-kadang ada orang kehilangan sesuatu atau kematian ahli keluarga, tapi, kau tentukan samada kau perlu teruskan hidup atau bersendiri menangis. Kau tentukan samada kawan kau adalah kawan kau atau bukan kawan kau.
 
Akhirnya, semua ini alasan. Alasan basi.
 
 
a z z w a n

Friday 20 March 2015

Teguran

Hari ini aku sempat menambah satu item penting untuk blog aku ini. Ada senarai blog untuk seluruh pelajar kelas ini. Ini untuk memudahkan aku atau sesiapa sahaja untuk melihat, menatap dan membaca nukilan anda semua.
 
Tetapi, ada sedikit nasihat, teguran dan ingatan. Pertama sekali, ada blog yang di"private"kan. Bagaimana blog ini boleh dinilai sekiranya ianya tidak dapat dilihat? Jangan hanya cuba buka blog semasa anda di dalam sesi aktif Blogger. Cuba minta rakan-rakan anda buka juga. Tukar tetapan yang sesuai sekiranya anda tersilap sebelum ini.
 
Ada juga yang cuba menggunakan penambahan ke atas blog masing-masing. Bagus dan tahniah. Tetapi, ada yang meletakkan portal video di muka hadapan. Bagaimana hendak dinilai sekiranya ada yang tidak kelihatan? Cuba sesuaikan penambahan yang dilakukan.
 
Di samping itu, pastikan tarikh entri jelas kelihatan. Jangan lupa tentang label dan senarai entri (Blog Archive). Secara mudah, sila guna gaya yang sama dengan blog yang sedang anda baca ini.
 
Tahniah untuk yang terus-menerus menulis, tepat pada masanya. Teruskan usaha anda.
 
 
a z z w a n

Wednesday 18 March 2015

sukarela

aku ada idea.. aku ada impian.. aku rasa aku mampu uruskan.. tetapi aku tak pasti berapa ramai orang sanggup berjuang bersama.. aku tahu semua ini sukar.. aku tahu semua ini bukan benda mudah.. memang bukan mudah..
 
cuma satu, aku rasa aku perlu buat.. perlu dari sudut aku takut orang lain tak buat.. memang perkataan sukarela ada suka dan rela.. tetapi, kalau kau tiba-tiba tak suka? tiba-tiba tak rela? sukarela bagi aku, kau buat selagi boleh, dengan apa yang kau ada.. dengan kekuatan yang kau ada.. jangan cemarkan dengan alasan.. jangan cemarkan dengan agenda tersembunyi..
 
fikirkan sejenak.. adakah mudah kalau sampai masa kau susah? adakah mudah kalau sampai masa kau memerlukan? aku pun tak dapat tolong banyak.. cuma tolong sekadar termampu..
 
persoalannya, anda mahu? atau tidak?
 
 
a z z w a n

Tuesday 17 March 2015

tegas

aku selalunya akan mendapat persepsi negatif dari kebanyakan manusia.. aku memang biasanya akan terus jujur terhadap apa-apa perkara.. tetapi, itu jalan termudah untuk aku.. satu kejujuran membolehkan kita untuk terus faham keadaan sebenar, tanpa sebarang keraguan..
 
aku berpegang pada beberapa prinsip hidup.. salah satu daripadanya, ketegasan memang diperlukan.. aku boleh bergurau pada kebanyakan masa.. tapi, pada masa yang diperlukan, aku memang tiada kompromi.. ketegasan 100%.. ketegasan tanpa persoalan.. ketegasan tanpa bantahan..
 
bukan untuk mendidik orang lain.. bukan mudah untuk memimpin.. bukan mudah untuk membuktikan sesuatu.. selagi mampu, aku tahu aku perlu kuat.. dalam membuat keputusan.. dalam memimpin.. dalam mengambil risiko.. biarpun untuk sekecil-kecil perkara..
 
aku harap aku terus kuat.. aku harap..
 
 
a z z w a n

Monday 16 March 2015

UlangTahun

Kadang-kadang ada perkara yang kita tunggu.. Kadang-kadang ada perkara yang kita tak tunggu.. Ada yang berbaloi untuk kita raikan.. Ada yang tidak berbaloi.. Untuk menunggu kembali perkara yang sama setiap tahun. kita perlu ada keazaman yang tinggi.. Jiwa yang utuh.. Apatah lagi kiranya ia adalah ulangtahun yang tidak ingin kita ingati..

Sampai satu masa, adakah kita akan hargai masa yang telah berlalu.. Sampai satu masa, adakah masa terisi dengan perkara yang kita ingin kita ingati.. Sampai satu masa, adakah kita berpuas hati.. Sampai satu masa..

Aku mungkin telah melihat pelbagai insiden.. Tetapi, aku masih percaya bahawa banyak lagi perkara yang belum aku ketahui.. Perkara yang akan aku ketahui..


a z z w a n

Wednesday 11 March 2015

Silap

Manusia tidak akan lari daripada membuat kesilapan. Kesilapan selalunya dibuat kerana kita tidak mempunyai pengalaman atau kita tersalah anggar beberapa perkara. Kehidupan bukan sesuatu yang mudah. Kadangkala, kita ambil terhadap semua peluang yang wujud di depan mata. Ada masanya, kita rasa dunia berlaku tidak adil terhadap kita. Tetapi, kadang-kadang, ketidakadilan adalah jalan yang paling adil untuk kita.

Kita mungkin tersilap memilih sesuatu.
Kita mungkin tersilap bercakap.
Kita mungkin tersilap menilai.
Kita mungkin tersilap anggap.

Tetapi, bagi aku, tiada masalah apabila membuat kesalahan. Yang lebih penting, kita tidak ulangi kembali kesalahan yang telah kita lakukan. Berilah peluang kepada mereka yang telah melakukan kesalahan.


a z z w a n

Wednesday 4 March 2015

kebajikan

kebajikan.. satu perkataan.. seribu erti.. aku pun tak pasti.. adakah aku sendiri yang melibatkan diri.. atau takdir yang menemukan aku..
 
perkataan ini selalunya dipandang sepi.. samada ianya terlalu besar.. ataupun kita sendiri tidak mahu mengerti..
 
aku rasa sesiapa pun patut fahami terlebih dahulu.. paling kecil, secara dasar.. kalau tak dapat bantu secara langsung, mungkin secara tidak langsung..
 
kesedaran adalah satu perkara yang mungkin agak susah untuk dilakukan.. selagi kesedaran tidak dicapai, susah untuk sesiapa pun untuk memahami sebarang perkara..

aku mungkin tak punya harapan.. tetapi, aku harap kebajikan boleh difahami.. boleh dimengerti..
 
mungkin perkataan ini membawa seribu erti..
 
mungkin tidak..
 
 
a z z w a n

Tuesday 3 March 2015

me

I should write about me.. Yes, me..
 
Sebuah kisah duka mungkin ada.. Macam biasa, pepatah moden, you don't know my story, so, don't judge me..
 
Tak best la start dengan biodata.. Baik cerita pasal what I like.. Much better, what I hate..
 
Maybe not the most important, but tergolong dalam antara yang important, aku benci penipuan.. Whatever type of it.. Sebab satu penipuan akan membawa kepada penipuan yang lain.. Melainkan kau sanggup tanggung every consequences daripada penipuan tu, you should stop.. Berkata benar sekalipun ia pahit.. Sekalipun berkenaan kelas dah daftar tetapi nak daftar manual kelas lain.. Sebab perit bila tahu kebenaran yang ada..
 
100 words?? I can go on, and on, and on.. Tapi, biarlah ianya diteruskan dalam entri seterusnya..
 
Good luck in life..
 
 
a z z w a n