Thursday 4 June 2015

1

Pertama sekali, selamat berjaya untuk semua. Peperiksaan akhir makin hampir, debaran makin terasa. Harap anda semua berjaya membuat persediaan dengan baik. Semoga anda mendapat keputusan yang setimpal dengan usaha anda sepanjang semester ini. Kadangkala kita leka dan alpa, merasakan kita layak mendapat yang terbaik, walhal kita selalu memberi hasil yang tidak memuaskan. Sedarlah diri, jangan rasa terlalu hebat.

Satu, ingatlah, untuk Aplikasi Komputer, atau apa sahaja ilmu dari kelas ini, aku halalkan. Tidak perlu permohonan khas. Tidak perlu tutur bicara sopan. Ini cuma pinjaman. Pinjaman dari tuhan. Aku cuma medium. Medium yang menyampaikan. Ada yang baik. Ada yang buruk.

Ambillah yang baik, jadikan amalan. Ingatlah yang buruk, jadikan sempadan. Aku tidak sempurna, itu pasti. Perjalanan masih panjang, bukan hanya di UKM, tetapi di luar nanti. Jangan lupa diri. Terus berusaha menjadi yang terbaik, yang penting, jangan lupa yang di bawah.


a z z w a n