Thursday 30 April 2015

10

Tema ke-10. maka terciptalah idea tema 10. Bagi aku sendiri, aku lebih suka nombor 12. Kerana 12 Mac adalah hari lahir aku. Banyak juga perkaitan 12 dengan aku, tetapi, untuk entri ini, lebih kepada nombor 10. Sekiranya kita mengira secara mudah, selain kiraan 1 hingga 3, kiraan 1 hingga 10 juga tidak kurang popular.
 
Malah, salah satu jenaka kelakar semasa program BAKSIS yang lalu juga melibatkan nombor 10. Walaupun ingin menyatakan jumlah 8, tetapi jari yang ditunjukkan adalah 10.
 
Untuk kira turun juga, selalunya bermula dengan nombor 10. Untuk meletakkan kategori terbaik, juga menggunakan nombor 10. 10 terbaik, 10 paling kelakar, 10 yang tidak disenangi.
 
10.
 
 
a z z w a n

Tuesday 28 April 2015

Lambat

Aku harap aku tak terlambat.. Aku harap orang sekeliling aku pun sama.. Kadang-kadang kita ambil mudah apa yang ada di sekeliling kita.. Harapnya tidak terlambat untuk kita mengucapkan apa yang perlu.. Mungkin sedikit terima kasih.. Atau mungkin ucapan maaf.. Selagi ia belum terlambat..
 
Lambat.. Ianya biasa terjadi.. Samada sengaja atau tidak.. Samada membawa kemudaratan atau tidak.. Mungkin pengajaran di sebalik kelambatan akan membawa erti baru untuk hidup.. Atau mungkin kita sendiri terlambat untuk mendapat pengajarannya..
 
Lambat.. Harap kita belum terlambat.. Mungkin masih ada ruang untuk kita.. Mungkin tiada lagi.. Mungkin ruang dan peluang ini adalah yang terakhir untuk kita.. Masihkah kita perlu menunggu?
 
 
a z z w a n

Monday 27 April 2015

Buntu

Aku sendiri tak pasti.. Adakah ini sebenarnya kecewa.. Atau pasrah.. Atau buntu.. Atau apa sahaja.. Mungkin aku terlalu memikirkan sesuatu.. Atau mungkin terlalu memikirkan segalanya.. Segala yang berlegar dalam hidup aku.. Samada berkait atau tidak.. Samada masalah aku atau tidak.. Aku sendiri tak pasti..
 
Aku terlalu berpegang pada kata-kata - "Orang cuma ingat aku pada masa mereka susah, selepas itu, semuanya tamat, aku cuma berguna pada masa kesusahan orang lain".. Kadang-kadang aku buntu, buntu kerana aku rasa tindakan aku salah kerana tidak menyesal, tapi adakah aku menyesal kerana membantu orang lain, atau mungkin aku menyesal kerana menjadi bodoh, atau mungkin aku buntu.. Aku sendiri tak pasti..
 
Buat masa ini, ianya masih tidak jelas.. Kebanyakan benda kabur.. Kabur untuk dimengertikan.. Kabur untuk difahami.. Kabur..
 
 
a z z w a n

Wednesday 22 April 2015

Serabut

Kita akan rasa berat apabila semua perkara datang serentak. Memang serabut, tetapi, bukankah kita sendiri yang menjadi punca? Kita yang tersalah anggar tentang beban kerja yang kita ada. Kita yang tidak menguruskan segala kerja dengan baik. Kita yang sukar mengambil masa dan peluang yang ada. Aku sendiri pun begitu. Boleh tangguh perkara penting sampai 3 tahun. Boleh biarkan perkara sebegini berlalu begitu sahaja.
 
Aku sedar semuanya penting. Aku sedar semua ini tanggungjawab aku. Aku sedar semua itu. Aku sedar ini semua salah aku.
 
Sampai satu masa, mungkin semuanya sudah terlambat. Mungkin tiada lagi penyesalan yang boleh difikirkan. Harap semuanya berjalan dengan lancar.
 
 
a z z w a n

Tuesday 21 April 2015

Fantasi

Sungguh ramai berkunjung ke bilik aku setiap hari. Sungguh ramai yang masih mengambil berat walaupun tidak lagi berada di bawah seliaan aku. Malah, semuanya mengukir senyuman mesra. Aku seronok apabila ramai yang bertandang, tidak segan walaupun ramai pengunjung yang lain. Aku rasa dihargai. Tidaklah aku pinta untuk apa-apa balasan. Aku sungguh gembira.
 
Tahi. Rupanya semuanya fantasi belaka.
 
Aku cuma berguna pada masa semua orang susah. Aku cuma berguna pada masa aku mengajar sesebuah kelas. Apabila tamat, hubungan juga tamat. Semuanya. Sungguh mudah. Kalau tiada janji sekalipun, ayat-ayat yang terngiang sangatlah pedih. Sangat pedih. Aku cuma seorang bodoh, percaya pada kata-kata yang tiada apa.
 
 
a z z w a n

Monday 13 April 2015

Realiti

Realiti. Ada yang manis, ada yang pahit. Buat masa ini, aku sendiri tak pasti. Aku suka, minat dan sayang pekerjaan yang aku ada sekarang. Tetapi, dalam masa sama, aku tak dapat fokus sepenuhnya terhadap keperluan sebenar. Samada dari sudut PhD atau penerbitan atau juga, penyelidikan. Aku mungkin sibuk dari sudut lain, tetapi, itu bukan alasan. Aku sendiri yang pilih cara pemarkahan yang sukar untuk pelajar. Aku sendiri yang pilih untuk membuat polisi pintu terbuka untuk pelajar. Aku sendiri yang pilih untuk membantu dari sudut kebajikan pelajar. Itu semua bukan alasan. Yang tinggal, cuma realiti. Realiti bahawa aku memang belum fokus terhadap persiapan untuk PhD. Realiti bahawa markah prestasi aku sudah 3 tahun berturut-turut tidak mencapai tahap memuaskan. Realiti bahawa sudah lama aku tidak terlibat dengan apa-apa penerbitan dan penyelidikan. Realiti yang mana aku sedang sia-siakan peluang terbaik di depan mata untuk PhD. Realiti yang mana aku terlalu selesa dengan keadaan aku sekarang. Aku sedar jawatan aku masih membawa perkataan "Sementara". Aku sedar aku perlu PhD sekiranya aku ingin terus dengan pekerjaan ini. Aku sedar.
 
 
a z z w a n

Friday 10 April 2015

Makluman

Terlebih dahulu, aku ingin ucapkan Selamat Bercuti kepada anda semua. Makluman pertama, berkenaan Tema, untuk minggu 7 - Realiti, dan untuk minggu 8 - Fantasi.

Berkenaan Amali Makmal 1, aku ucapkan tahniah kerana anda telah berjaya mengharungi satu sesi, yang mungkin mudah bagi beberapa orang, dan mungkin sangat sukar untuk beberapa orang yang lain. Apapun, kekecewaan aku hanya pada dua perkara (buat masa ini, selagi belum menanda Amali Makmal). Satu, ramai yang tidak menggunakan nota sebaiknya, atau tiada nota langsung, sedangkan aku sudah ingatkan berkenaan perkara ini. Dua, berkenaan syarat yang sepatutnya tegas, tetapi ramai yang memandang remeh, arahan jelas diberi supaya tiada komunikasi berlaku, tetapi ramai yang degil, dan besar kepala. Terpulang, mungkin anda sudah pandai, atau mungkin anda terlalu hebat. Semoga berjaya untuk kelas ini dan di masa akan datang.


a z z w a n

Friday 3 April 2015

Usaha

Kadang-kadang, kita berusaha seboleh mungkin. Tapi, kadang-kadang, kita langsung tak berusaha. Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, adakah kita berusaha seboleh mungkin, sepanjang hari, sepanjang minggu, sepanjang semester? Itu mungkin satu sebab mengapa kita perlu letakkan sedikit rasa bahawa kita juga ada kelemahan, kita juga ada masanya tidak sepenuh hati, kita juga ada kalanya tidak ikhlas. Kita perlu redha dengan ketentuan, kita perlu terima satu-satu dugaan. Perlu diambil hikmah dan iktibar dari satu-satu perkara. Kita perlu sedar kadangkala kita juga akan merasai kegagalan, dari apa-apa sudut sekalipun. Kalau kita terus merasakan kita sempurna, walhal kita hanya cuma merasakannya, kita takkan ke mana. Renungkanlah.
 
 
a z z w a n

Thursday 2 April 2015

Peraturan

Dalam dunia ini, terlalu banyak peraturan. Kita punya pilihan, samada untuk ikut atau tidak. Kita punya pilihan, samada untuk mengikut arus yang ada atau tidak. Ada yang anggap peraturan satu bebanan. Ada yang anggap peraturan memupuk disiplin diri. Apapun pendapat kita, selalunya peraturan ada hikmah di sebaliknya. Peraturan menetapkan sesuatu, sesuatu yang selalunya memerlukan kita untuk korbankan sesuatu. Sesuatu yang kadangkala akan menyusahkan kita. Sesuatu yang kita perlukan selalu. Kadang-kadang kita takut dengan satu peraturan. Kadang-kadang kita benci. Yang penting, ada pihak yang akan menilai prestasi berdasarkan peraturan. Penilaian yang mungkin kita anggap tidak adil. Penilaian yang mungkin memenatkan. Penilaian manusia.
 
 
a z z w a n

Wednesday 1 April 2015

Teguran - 2

Sekiranya anda masih belum membaca teguran sebelum ini, sila klik.

Sila beringat, ada beberapa syarat untuk setiap blog yang anda buat. Sila semak semula dengan catatan sendiri atau catatan rakan anda. Ada perkara yang akan diingatkan, ada yang tidak. Ada perkara yang akan menyumbang markah yang besar, ada yang tidak. Berhati-hatilah.

Satu perkara yang menjadi kegusaran, masih ada pelajar yang menggunakan alamat email yang salah untuk menghantar tugasan. Silalah semak semula email peringatan dari permulaan dulu. Baca dengan teliti. Baca dan fahami dengan betul. Baca sekali lagi, sehingga betul-betul faham.

Saya faham, peraturan adalah satu bebanan. Tetapi, anda perlu tahu, anda hidup dalam dunia yang penuh dengan peraturan. Biasakan diri dari sekarang, untuk memudahkan anda di masa hadapan. Kita ambil contoh, etika dan cara menulis email, ada caranya, ada adabnya. Kalau anda tidak bermula sekarang, bila lagi?


a z z w a n