Tuesday 26 May 2015

Pembentangan PowerPoint

Aku suka menegaskan tentang kedahsyatan Pembentangan PowerPoint untuk setiap kelas Aplikasi Komputer aku selama ini. Sebenarnya ia masih membawa markah yang sama - 10%. Tetapi, melalui tugasan ini, aku akan belajar banyak tentang pelajar aku. Komitmen. Bekerja lebih dari had. Pengorbanan. Arahan dan peraturan. Peluang yang mungkin datang sekali sahaja. Kerjasama. Komunikasi. Kekuatan diri.

Tetapi, walaupun rata-rata aku berpuas hati dengan slaid dan video, ada beberapa tempat yang aku rasakan perlu banyak perubahan. Mungkin pelajar perlu sedar tentang apa yang diminta, bukan apa yang dirasakan betul. Mungkin ianya bukan berkenaan markah, tetapi lebih kepada cara anda berkorban. Juri jemputan juga merasakan bahawa aku tidak seperti dahulu. Aku tidak terlalu tegas lagi. Mungkin dahulu aku terlalu meletakkan satu tanda aras yang sangat tinggi. Aku inginkan kesempurnaan. Aku inginkan kejituan. Mungkin itu dahulu. Dahulu.


a z z w a n

No comments:

Post a Comment