Friday, 29 May 2015

2

"Ignoring people is an art" - sometimes I believe that we have to ignore people as much as people ignoring us. Throughout my life, I have the tendency to do the "runaway" act. I always thought that people or group of people can be better, without me around. The cycles will be like that, sometimes out of control. Maybe I believe it is just a process. Just like classes. Students come and go. People come and go. A process that will keep going on, and on. 14 weeks, is it enough for me to embrace all the things that need to be let go in the end?

People can be cruel at times. People can be selfish. We are as important as people that have something. People will care when we have that something. For example, if I have a car, I will have more friends than if I don't have a car. Maybe, other things, like printer. It is so difficult to differentiate between selflessness and selfish.

In the end, I have to be grateful. I need to.
As all these things are in a package.
We called it - life.


a z z w a n

Thursday, 28 May 2015

3

Kadang-kadang kita cuba yang terbaik walaupun kita tahu kita bukan yang terbaik. Sebetulnya begitu? Kita akan alami krisis identiti pada bila-bila masa, walaupun kita bukan dirundung malang. Aku cuba yakinkan diri agar tidak berasa bersalah, tapi aku sendiri tahu hakikat bahawa dunia bukanlah tempat untuk kita menjadi orang paling disayangi, tapi lebih kepada tempat untuk kita mengimbangi situasi, sebaiknya.
 
Paling berat, kita terus hadapi rintangan, walau kita sendiri tak kuat menghadapinya. Itu kan nasib dan takdir. Mesti ada pasang surut, mesti ada suka duka, mesti ada mula akhir.
 
Dugaan memang dan pasti akan datang, cuma adakah kita akan bersedia, setiap kali?
 
 
a z z w a n

Tuesday, 26 May 2015

Pembentangan PowerPoint

Aku suka menegaskan tentang kedahsyatan Pembentangan PowerPoint untuk setiap kelas Aplikasi Komputer aku selama ini. Sebenarnya ia masih membawa markah yang sama - 10%. Tetapi, melalui tugasan ini, aku akan belajar banyak tentang pelajar aku. Komitmen. Bekerja lebih dari had. Pengorbanan. Arahan dan peraturan. Peluang yang mungkin datang sekali sahaja. Kerjasama. Komunikasi. Kekuatan diri.

Tetapi, walaupun rata-rata aku berpuas hati dengan slaid dan video, ada beberapa tempat yang aku rasakan perlu banyak perubahan. Mungkin pelajar perlu sedar tentang apa yang diminta, bukan apa yang dirasakan betul. Mungkin ianya bukan berkenaan markah, tetapi lebih kepada cara anda berkorban. Juri jemputan juga merasakan bahawa aku tidak seperti dahulu. Aku tidak terlalu tegas lagi. Mungkin dahulu aku terlalu meletakkan satu tanda aras yang sangat tinggi. Aku inginkan kesempurnaan. Aku inginkan kejituan. Mungkin itu dahulu. Dahulu.


a z z w a n

Friday, 22 May 2015

Amali Makmal

Amali Makmal. 1 dan 2. Awal dahulu, kebiasaannya Amali Makmal 2 akan menimbulkan keresahan dan rusuhan perasaan yang sangat memuncak. Soalan susah, jawapan susah, masa terlalu singkat. Tetapi, 2 semester kebelakangan ini membuktikan sebaliknya. Amali Makmal 1 pula lebih susah dan peratusan markah lebih rendah. Mungkin soalan makin mudah? Mungkin pelajar lebih pandai? Mungkin...
 
Aku ucapkan tahniah kepada semua untuk semester ini. Hanya seorang markah di bawah 7.0 untuk Amali Makmal 1 dan hanya seorang markah di bawah 8.0 untuk Amali Makmal 2. Selalunya sebelum ini, pasti ada seorang dua yang mendapat markah rendah. Bagi aku, 6.0 adalah satu penanda aras. Maka, anda semua telah berjaya.
 
Tapi, mungkin ada konspirasi. Mungkin ramai meniru di balik tabir komunikasi internet. Ini bukan tuduhan, cuma andaian kosong.
 
 
a z z w a n

Thursday, 21 May 2015

13

Aku masih di FEP. 7.15 malam. 21 Mei 2015. Esok Sesi Pembentangan PowerPoint. Aku harap semuanya bersedia dan berjaya melakukan yang terbaik. Aku harap sesi kali ini akan menampilkan idea-idea yang lebih hebat.

Tema 13, semestinya yang lebih mantap. Tema 13 - Pembentangan PowerPoint. Ini masa yang dinanti-nantikan. Masanya sudah tiba. Satu entri berkenaan sesi yang paling dahsyat.

Aku harap tiada siapa yang tersungkur akibat kesilapan teknikal. Semoga semuanya berjalan lancar. Dan, aku di sini, masih berharap sekiranya ada lagi kumpulan yang inginkan nasihat, di saat-saat akhir ini. Terima kasih kepada semua yang berkunjung untuk secebis nasihat.

Apapun, selamat berjaya.


a z z w a n

Monday, 18 May 2015

12

Untuk Tema 12, Tema anda adalah Amali Makmal atau Lab Test. Lari dari kebiasaan, tema kali ini merangkumi dua patah perkataan. Mungkin agak kritikal kerana anda semua perlu menceritakan tentang Amali Makmal yang telah dihadapi semester ini, iaitu Amali Makmal 1 dan Amali Makmal 2.

Ada banyak perkara yang boleh diceritakan, dan pastinya ada yang suka, ada yang duka. Mungkin prestasi kali ini boleh dikatakan sebagai boleh tahan secara keseluruhannya. Ada juga yang mungkin banyak kesilapan teknikal, tetapi, sekurang-kurangnya tiada yang terus terjunam ke bawah.

Diharap anda dapat meneruskan prestasi ini untuk Pembentangan PowerPoint. Mungkin pembentangan ini adalah sesi yang paling dahsyat untuk semester ini.

Selamat Berjaya.


a z z w a n

Wednesday, 13 May 2015

Teguran - 3

Aku tak suka nak ulang nasihat yang sama berkali-kali. Aku harap anda prihatin terhadap markah sendiri. Jangan perasan anda telah berbuat sesuatu tetapi sebenarnya perkara tersebut menambah kesulitan. Paling mudah, adakah blog anda terhalang dengan video YouTube? Anda periksa kembali blog anda selalu? Anda rasa itu betul? Bagus? Menarik? Ini markah anda. Ingatlah.
 
Jangan nanti bila sudah terlambat, anda cuba pertikai tentang markah, walhal anda sendiri yang tidak prihatin. Periksa kembali apa yang ada, apa yang tiada. Blog Archive, Label, 100 patah perkataan, Tajuk, Tarikh. Jangan perasan anda sudah bagus. Aku akhiri entri kali ini dengan satu nasihat ringkas - Lebih baik rasa diri tak cukup, dari perasan bagus selalu.
 
 
a z z w a n

Tuesday, 12 May 2015

Tema

Hari ini aku akan menulis tentang tema, lebih tepat lagi, berkenaan tema yang menjadi salah satu syarat tugasan penulisan blog untuk kelas Aplikasi Komputer di bawah kendalian aku. Ini cuma satu kepayahan sekiranya dilihat dari satu sudut. Ini mungkin satu titik inovasi sekiranya dilihat dari sudut yang lebih positif. Selalunya ianya adalah satu perkataan, tetapi ada masanya ianya mungkin dua atau tiga patah perkataan. Dan kebanyakan masa, ianya mewujudkan kerunsingan dan perasaan gundah-gulana.

Tuesday, 5 May 2015

Persediaan

Hari ini rasanya kali pertama untuk pelajar Aplikasi Komputer semester ini, untuk datang bertandang ke 7.333 (bilik tingkat 3 berhadapan hentian bas FEP) dan bertanyakan tentang Pembentangan PowerPoint. Aku harap kumpulan-kumpulan lain telah bersedia dengan mantap. Dengan tahap kesepian ini, aku mungkin tidak perlu risau langsung.
 
Bersedialah dengan semua peraturan yang telah diberi. Ingatlah, tidak mudah sesi sebegini di bawah nama Sir Azzwan. Takutlah, semoga ianya memberi motivasi ke arah yang baik untuk anda semua. Masanya akan tiba, lebih kurang 2 minggu lagi. Ambillah peluang yang ada, jangan nanti bila sudah terlambat, baru menyesal. Ruang telah diberi, jangan pula ada yang berbunyi, sedangkan salah anda sendiri.
 
 
a z z w a n