Wednesday, 8 July 2015

Akhirnya

Akhirnya, aku mengambil sedikit masa untuk menulis entri ini. Kelas sudah tamat, peperiksaan sudah dihadapi, gred sudah diberi. Semoga anda semua mendapat gred yang setimpal dengan usaha anda sepanjang semester lepas.

Ambillah sebanyak mana pengajaran yang ada. Bersedialah untuk semester yang akan datang. Ada masanya, anda perlu selidik keperluan tugasan dengan teliti. Ada masanya, anda perlu tahu tarikh akhir yang betul. Ada masanya, anda perlu tahu alamat email yang betul.

Gunalah sedikit ruang untuk menyediakan "backup plan" untuk tugasan berkumpulan atau tugasan major. Kadangkala, peruntukan masa sangat kritikal.

Bersyukurlah. Kalau anda sudah berusaha sehabis mungkin, tetapi gred tidak sepadan, mungkin itu dugaan untuk anda.


a z z w a n

Thursday, 4 June 2015

1

Pertama sekali, selamat berjaya untuk semua. Peperiksaan akhir makin hampir, debaran makin terasa. Harap anda semua berjaya membuat persediaan dengan baik. Semoga anda mendapat keputusan yang setimpal dengan usaha anda sepanjang semester ini. Kadangkala kita leka dan alpa, merasakan kita layak mendapat yang terbaik, walhal kita selalu memberi hasil yang tidak memuaskan. Sedarlah diri, jangan rasa terlalu hebat.

Satu, ingatlah, untuk Aplikasi Komputer, atau apa sahaja ilmu dari kelas ini, aku halalkan. Tidak perlu permohonan khas. Tidak perlu tutur bicara sopan. Ini cuma pinjaman. Pinjaman dari tuhan. Aku cuma medium. Medium yang menyampaikan. Ada yang baik. Ada yang buruk.

Ambillah yang baik, jadikan amalan. Ingatlah yang buruk, jadikan sempadan. Aku tidak sempurna, itu pasti. Perjalanan masih panjang, bukan hanya di UKM, tetapi di luar nanti. Jangan lupa diri. Terus berusaha menjadi yang terbaik, yang penting, jangan lupa yang di bawah.


a z z w a n

Friday, 29 May 2015

2

"Ignoring people is an art" - sometimes I believe that we have to ignore people as much as people ignoring us. Throughout my life, I have the tendency to do the "runaway" act. I always thought that people or group of people can be better, without me around. The cycles will be like that, sometimes out of control. Maybe I believe it is just a process. Just like classes. Students come and go. People come and go. A process that will keep going on, and on. 14 weeks, is it enough for me to embrace all the things that need to be let go in the end?

People can be cruel at times. People can be selfish. We are as important as people that have something. People will care when we have that something. For example, if I have a car, I will have more friends than if I don't have a car. Maybe, other things, like printer. It is so difficult to differentiate between selflessness and selfish.

In the end, I have to be grateful. I need to.
As all these things are in a package.
We called it - life.


a z z w a n